7 tanda toksin berlebihan

by Hasny on May 17, 2016

Ketahui 7 Tanda toksin berlebihan dalam tubuh

~~~~~~

eve fiber 6

~~~~~

punca-toksin

~~~~~~

toksin

~~~~~~

toksin-penyebab-gemuk

1. Selalu keletihan

Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih.

2. Berat badan susah nak turun

Saya tau bukanlah mudah nak turunkan berat badan, tetapi jika anda dah bersenam setiap hari, mengurangkan kalori daripada pemakanan dan ambil suplemen untuk turunkan berat tetapi berat masih tak turun-turun juga..

Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh anda sebenarnya dipenuhi toksin sehinggakan apa sahaja ubat, supplemen mahupun senaman masih tidak mampu menurunkan berat badan anda..

3. Nafas berbau

Mungkin dah puas anda berus dan berus gigi anda, mengunyah gula-gula getah, berkumur dengan ubat kumur, namun masih tidak boleh menghilangkan bau nafas.

Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, tetapi ia juga bermakna hati anda sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda. Sehinggakan bau nafas yang busuk itu tetap kembali.

Tak hairanlah jika rakan-rakan dah mula menjauhi anda kerana nafas anda yang berbau..Kasihan pasangan anda jika mereka terpaksa menahan bau nafas anda. Oh ya..badan berbau juga merupakan tanda anda ada masalah toksin dalam badan.

4. Sembelit

Apabila kita sembelit, najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan sebaiknya. Akhirnya terkumpullah semua toksin yang boleh memberi kesan negatif badan kita. Selain sakit perut, sembelit juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan.

Kenapa boleh sembelit jika toksin berlebihan? Ia mungkin berpunca daripada masalah penghadaman makanan yang anda ambil juga.. Makanan proses sukar dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya.

Malangnya, makanan proses inilah yang menyebabkan masalah penghadaman sehingga menyebabkan masalah sembelit pula. Bayangkan berapa lama anda telah mengambil makanan proses ini sepanjang hidup anda tanpa disedari. Anda juga berasa sembelit semakin kerap?? Boleh jadi inilah puncanya.

5. Sensitif pada bauan

Orang yang mempunyai toksin yang tinggi dalam tubuh selalunya akan bertindakbalas dengan bauan..terutamanya bau wangi… Tindakbalas yang macamana??

Anda mungkin mengalami pening, sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat..

Itu juga salah satu tanda anda mungkin mempunyai toksin yang banyak dalam tubuh kerana bereaksi dengan bauan daripada bahan kimia…Ini bermakna anda juga PERLUKAN DETOKS..

6. Sakit kepala

Jika anda mengalami sakit kepala selalu..berkemungkinan besar racun toksin telah terlalu banyak dalam tubuh anda hingga mengganggu peredaran darah anda dan menyebabkan sakit kepala.

7. Reaksi Kulit

Jerawat, ruam, bisul dan masalah kulit yang lain menunjukkan anda ada masalah toksin berlebihan. Jerawat, khususnya, boleh dikaitkan dengan racun dalam makanan yang diambil atau penggunaan produk penjagaan kulit.

Ruam dan gatal-gatal pada kulit pula adalah tanda tubuh cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Mata menjadi merah atau bengkak juga menunjukkan hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Ia juga menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata bengkak dan ekzema atau psoriasis juga boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda mempunyai paras toksik yang tinggi dalam tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

Previous post:

Next post: